Wednesday, March 30, 2011

Hoya Obscura...













Lain dari yang lain patern bunganya. Bila kembang penuh bunganya nampak bulat kan...kan... Yang ni wangi.

Hoya Carnosa...
















Hoya ni baru jer aku beli. Geram bila tengok banyak bunga dan peduncle. Aku baru dapat tahu salah satu tip nak beli hoya ni adalah kena beli pokok yang dah berbunga atau yang ada sejarah berbunga sebelum ni iaitu yang ada peduncle. Betul ke ayat aku nih, terbelit-belit ayat. Kalau beli yang tak pernah berbunga mungkin bila ia nak berbunga tu lambatlah sikit. Mungkin betul kot sebab aku ada beli sepokok hoya tapi tak tahu IDnyer memang jenuh menunggu nak berbunga. Atau lebih tepat lagi sejak aku membelinya pada tahun lepas hinggalah sekarang ni belum berbunga-bunga.

Yang pasti hoya ni tak wangi...huhuhu...


Wednesday, March 23, 2011

Adakah Ini Sejenis Orkid???...


Pokok ni kakak aku terjumpa atas pokok ciku. Pernah tengok pokok ni kat blog Hakim tapi tak taulah sama ke tidak. Harap ada sesiapa yang boleh tolong bagi IDnyer. Terima Kasih.

Manisnyerrr Madu....






Ini bukan kisah madu tualang...bukan jugak kisah madu tiga...tapi madu hoya...hehehe... Rasanya memang manisss, sebab tu semut suka hurung kat bunga2 hoya...

Wednesday, March 16, 2011

Mahkota Berduri/Mak Datin/Kapal Terbang...
























Pokok ni bukan aku yang punya tapi kepunyaan kakak2ku. Cantik pulak bila tengok ia berbunga begitu lebat sekali. Teringin nak menanam jenis ni tapi tengah fikir2 nak letak kat mana.????.. Haruskah aku korbankan pokok2 rosku yang sememangnya memeningkan kepala dengan serangan pelbagai penyakit?