Wednesday, March 23, 2011

Manisnyerrr Madu....






Ini bukan kisah madu tualang...bukan jugak kisah madu tiga...tapi madu hoya...hehehe... Rasanya memang manisss, sebab tu semut suka hurung kat bunga2 hoya...

Wednesday, March 16, 2011

Mahkota Berduri/Mak Datin/Kapal Terbang...
























Pokok ni bukan aku yang punya tapi kepunyaan kakak2ku. Cantik pulak bila tengok ia berbunga begitu lebat sekali. Teringin nak menanam jenis ni tapi tengah fikir2 nak letak kat mana.????.. Haruskah aku korbankan pokok2 rosku yang sememangnya memeningkan kepala dengan serangan pelbagai penyakit?
 

Monday, March 7, 2011

Japanese Roses/Bunga Kembang Pukul 10...

purple...

merah...

oren...


Tinggal 3 warna jer...yang lain2 dah kiok kena serangan bena. Sekarang ni saya letak kat luar pagar yang kena 100% cahaya matahari. Setakat ni pokok sihat dan tidak kena serangan bena...teringin mencari lain2 warna dan jenis. Mesti cantik bila berbunga kalau tanam merimbun...

Sunday, March 6, 2011

Lc Loog Tone "African Beauty" HCC/AOS...












Catt ni dah lama saya beli sebelum Tahun Baru Cina. Ini merupakan catt sulung saya. Beli sebab tak ada lagi orkid jenis cattleya ni serta harganya yang murah dengan clumpnya yang besar...memang berbaloi2. Mula2 tu tak tahu catt ni wangi...itu pun dapat tahu dari blog Farazi.

Lepas ni nak beli lagi catt yang cantik2 dan wangi...(terbayang2 nurseri kat Pulai nuh yang tak pernah2 sampai...hehehe...)

Saturday, March 5, 2011

Kejutan...




Adakah ini seedpod? Kalau betul ini seedpod memang satu kejutan. Ini adalah hoya elliptica yang baru sahaja habis bunga. Tinggal satu tangkai yang tak gugur2. Saya biarkan saja. Nasib baik tak gatal tangan nak buang tangkai tu, kalau takkk.....!!!

Inilah pertama kali ia jadi seedpod. Tak tau lagi nak buat macamana ni... nak semai macamana.?..kena tunggu berapa lama baru boleh semai? kena tunggu seedpod pecah sendiri ke? Uiihhh...banyak betul soklan. Kena tanya yang arif pasal seedpod hoya ni...

Wednesday, March 2, 2011

Nak Berbunga Lagi...



hoya finlaysonii...

Ini bermakna kali ke-3 ia berbunga berturut-turut. Tak tau peel ia ke atau memang musim ia berbunga...

hoya elliptica...

Baru saja bunga luruh dah keluar bud baru. Tengoklah saki baki bunga yang dulu masih ada...

peduncle baru hoya publicalyx...

Peduncle yang kedua tapi pertama kali keluar di tanganku sejak membelinya. Harap-harap berbungalah sebab saya tak tengok live lagi rupanya...